Login Facebook Dapat 100 Hanya Taktik Kotor
Taktik kotor? Teruk sangat tuu kan… Ok lah, aku tukar jadi taktik yang tidak beretika. Kali ini nak buat review ringkas tentang Login facebook dapat RM100.
Korang semua mesti pernah dengar tentang buat duit cara ini kan. Aku yakin korang mesti pernah dengar, sebab korang mesti ada facebook kan. Siapa yang tak pernah dengar tu memang tiada facebook atau dah lama tak buka facebook.

Antara sebab-sebab yang aku katakan taktik login facebook dapat RM100 tak beretika kerana taktik seperti ini adalah umpan untuk mereka yang berminat untuk menyertai program ini.
Pada mulanya mereka post status yang dahsyat di facebook. Kemudian pasti ada orang berminat, dan tukang post suruh laa mereka PM di inbox dan suruh bayar seratus jika betul-betul berminat. Mudah je kan taktik mereka. Pada dasarnya program seperti ini perlu di bayar dan merekrut orang lain untuk join.
Hanya mengulas semula daripada salah seorang internet markerter iaitu Ammar Zahar. Mereka yang mempromosi menggunakan taktik ‘hype’ dan beliau berkata kalau menggunakan taktik begini beliau juga boleh dengan menggunakan ayat yang lebih power untuk mempromosi produk beliau.
Dari segi hukum pula, blog zaharuddin.net menyarankan supaya menjauhi program seperti ini. Antara sebabnya ialah, latar belakang syarikat yang kabur, produk yang mudah didapati dan tidak punyai nilai sebenar, yuran bulanan setiap bulan dan ianya seolah-olah seperti judi.
Kalau nak buat duit internet carilah yang betul-betul. Aku ni tak hebat mana. Tak tau apa pun tentang buat duit internet, kalau ada pun sikit sangat. Tak hebat macam Ridzuan Richie dan lain-lain.
Tags: ammar zahar, buat duit facebook, hukum infinity downline, infinity downline, login facebbok dapat rm100, malaysia guna taktik kotor, perniagaan internet, ridzuan richie










