Menulis Blog Kena Ada Gaya
Setiap jurublog [pinjam istilah amanfirdaus] mesti kena ada gaya untuk menulis entri di blog korang. Tidak kisah laa blog korang blog peribadi, blog gosip, blog terjah, dan macam-macam blog lagi lah kan. Kalau hendak di tuliskan kategori blog sahaja, banyak sangat brother/sister.
Gaya di sini ada dua maksud yang aku nak bagi tahu korang semua. Pertama : Gaya menulis blog, kedua : Gaya ketika menulis blog. Apa beza paeh oii? Aku tengok macam lebih kurang aje maksud dia. =_=”
Tak, tak… Maksud dia lain ok. Meh sini aku terangkan.
Pertama : Gaya menulis blog | Kategori pertama ini aku bahagikan kepada 3 bahagian pula iaitu :
- Sebelum menulis – pastikan korang ada idea untuk menulis blog. Jika idea korang rasa teruk, tak mengapa. Tulis saja idea korang. Tak kisah laa atas kertas, buku, Microsoft Word, Wordpad, Notepad atau lain-lain medium yang korang rasa boleh catat dan simpankan idea korang. Mungkin idea korang yang teruk itu akan menjadi lebih baik.
- Semasa menulis – Korang dah catatkan idea korang sebelum ini kan? Ok! Sekarang mulakan penulisan anda di dalam panel menulis blog. Tuliskan idea korang dalam full version. Gunakan bahasa yang sesuai untuk pembaca blog korang dan sesuai dengan cerita yang hendak di sampaikan. Jika terjadi idea yang korang nak kembangkan tak menjadi ketika itu. Korang save post korang dalam draft. Kemudian sambung semula bila masa sesuai.
- Selepas menulis – Lihat semula entri korang. Semak semua ejaan, penggunaan bahasa dan sebagainya. Untuk sesiapa yang bermain dengan SEO. Gunakan Post Tags/Post Labels yang sesuai dengan entri korang. Jangan tulis tentang tutorial tapi letak tag/label yang panas di laman carian.
Kedua : Gaya ketika menulis blog | Gaya kedua ini sangatlah simple dan mudah. Ini untuk mengawal mood korang ketika menulis blog. Gaya yang di maksudkan di sini sama maksud dengan style.
Gaya aku ketika menulis blog…? Sudah semestinya aku memakai pakaian yang smart dan setting rambut spiky lagii. Dahsyat kan… Ehee. Sebenarnya tak ada lah macam itu. Gaya aku ketika menulis blog, aku sekadar mendengar lagu kegemaran sahaja. Bagi aku, mendengar lagu sangatlah membuatkan mood dan semangat aku begitu steady ketika menulis blog.
Notakaki : Entri di atas hanyalah gaya aku ketika menulis blog. Bagaimana gaya penulisan di blog korang semua?
Tags: Amanfirdaus, Gaya Blog, Kategori Blog, Matkepoh, Menulis Blog, SEO, Tip Menulis Blog











