Konklusi Julai 2010

Haish~ Tajuk entri pun dah tak betul. Patutnya Konklusi Jun 2010. Bukan Julai 2010 la paeh woiii… Serius aku tak sedar tulis tajuk entri kat atas. Ni lah sebabnya dah lama tak update blog. Tulis tajuk  entri pun tak betul dah… Sheet betul laa. Ececee… Nak buat baik lak aku tulis Sheet lak. Padahal nak tulis SHIT kan. Ok! aku tak nak betulkan tajuk tu. Miahaha~

Oke! Bulan Jun 2010. Apa berlaku paeh woii sampai update pun 2-3 je nii. Ape kes, ape hal nii…? Secara umumnya aku sibuk dengan beberapa perkara. Perkara yang perlu keluar rumah sentiasa. Kalau keluar rumah tu, 2-3 hari baru balik. Merempat rumah member. Kalau balik pun takde mood + penat nak update blog. Tau hoha~hoha~ kat twitter je. Cess. Boleh tak aku salahkan rakan-rakan twitter aku? Sebab dorang laa aku tak dapat update blog. Miahaha~

Ada beberapa perubahan pada blog pada Jun 2010 nii. Jika korang perasan laaa… Tak nak perasan pun takpe. Aku tak kisah. Dan perubahan yang aku letak ada sedikit peningkatan untuk blog aku.Oke, jom tengok perubahan sedikit sebanyak pada blog aku niii…

Innity Ads

Alhamdulillah blog aku diterima oleh pihak Innity. Sebenarnya, sebelum nii aku dah try mintak nak pasang ads dorang, tapi tak lepas. Untuk kali kedua lepas gak. Earning? Alhamdulillah la juga kira lepas gak kuota cash out. Takde la banyak mana pun. Lain laa macam Chokilala dia kata boleh beli 3 biji Nokia E72 untuk earning bulan nii. banyak beb.

Peraduan Rekrut Blogger

Ini lagi satu syarikat pengiklanan yang baru bertapak di Malaysia. Sempena penyertaan dorang dalam industri pengikalanan online dorang di Malaysia. Dorang buat la peraduan nii. nak tahu lebih lanjut klik banner bawah.

Haha. Dah nak tarikh tutup baru nak sembang pasal peraduan nii. Gamaknya blogger lain dah rekrut beratus org agaknya. Miahaha~

Tu je la yang aku nak bagi tahu pasal blog aku. Nak cerita pasal aku memang tak best laa. Tak menarik pun. Haha. Cuma baru-baru nii aku pergi event This is Street Clash – Sunway Pyramid dianjurkan oleh Converse Malaysia dan tak pasal-pasal member aku registerkan aku dalam senarai Media. Siot je. Aku pergi suka-suka je wess, bukan nak jadi orang media.

Hurm… Apa lagi ea. Haaa~ Aku merewang sana sini dalam online ni ada dengar gaduh sana-sini antara blogger. Haish2. Tak patut betullah. Rage la, parang la, libas la, gelimat la… Macam2 laa. Kita manusia memang tak pernah lari daripada kesilapan. Semua bawak bertenang, bincang elok2. Jangan nak jadi macam perempuan period melenting aje kojenya.  Perempuan period pun baguih lagi emosinya kot. Ye dak…

Kalau rajin baca la post aku bulan Jun 2010 nii… Miahaha~

Ada 3 je. Tak banyak. Sebab banyak lebih daripada 3 kan. Haha. Post pun pendek-pendek aje.

Aku suka dengar lagu niii Attack Attack! – Lonely

Akhir kalam. Semoga sejahtera semua. Babai~ Assalamualaikum~

Tags: , , , , , , , ,

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2010

Anda, para graduan sekalian adalah produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Anda jugalah modal insan negara. KPT sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang masa hadapan anda. Justeru, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2010 adalah platform penting bagi langkah pertama anda untuk membina kerjaya.

Di K3G, anda menemui bakal majikan. Di Karnival inilah anda boleh membuat pilihan antara kelulusan, minat dan kerjaya idaman. Pakejkan keupayaan dan kehebatan anda sebaiknya dan pasarkan kebolehan diri kepada majikan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan anda.

500 majikan bakal menanti anda di K3G. 15,000 peluang pekerjaan perlu diisi. Temuilah bakal-bakal majikan dari sektor awam ke GLC, dari syarikat swasta kecil dan besar hingga ke syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.

Oleh itu, kunjungilah dan sertailah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) pada 14-16 Mei 2010 di PWTC. Pilihlah masa hadapan anda di sini

Mesej oleh : Menteri Pengajian Tinggi
Minister of Higher Education
Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Inilah peluangnya untuk anda menghantarkan resume dan menonjolkan diri kepada bakal majikan dari syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka. Manfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan berkunjung ke Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia dari 14 – 16 Mei 2010.

Tarikh: 14 – 16 Mei 2010

Masa: 9 pagi – 6 petang

Tempat: PWTC (KL) (peta)

Bayaran: MASUK ADALAH PERCUMA

Untuk maklumat lanjut sila layari K3G 2010

*Sila buat pendaftaran ekspress sebelum menghadiri K3G 2010. Ini adalah untuk memudahkan anda bertemu bakal majikan anda pada hari tersebut

*Sila berpakaian kemas pada hari tersebut kerana sesi temuduga juga akan berlangsung pada hari tersebut.

*Anda juga boleh mengesahkan kedatangan anda di laman Facebook.

*Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini.

Tags: , , , , , ,

F8Live Di Facebook

F8 adalah persidangan Facebook di mana para pemaju dan pengusaha berkolaborasi pada masa depan teknologi personal dan sosial.

Di f8, ahli pasukan Facebook dan komuniti pembangun akan membahas pelbagai topik termasuk alat-alat baru dan teknik strategi perniagaan, pertumbuhan dan teknologi terbuka [Open Source].Kami berharap anda akan menyertai kami.

Via feightlive


Semalam telah berlangsungnya persidangan antara pemaju perniagaan, pembangun laman web dan aplikasi dan juga seluruh pengguna Facebook di seluruh dunia. Apa yang dibincangkan oleh mereka adalah pembangunan teknologi untuk semua dalam social networking dan juga personal.

Aku juga sempat melihat apa yang berlaku di f8live. Buka-buka nampak pengasas facebook Marc Zuckerberg beri penerangan. Apa yang sempat aku dengar, Marc mengulas tentang perubahan pada Facebook baru-baru ini salah satu daripadanya mengenai butang Fans bertukar menjadi Likes. Yang lain tak sempat dengar  sebab streaming macam tak best. *sangkut-sangkut*

* Dapat tahu tentang perkara nii daripada Khai Hassan. Tetiba nampak status dia ‘i wanna buy Facebook for 30billion‘. Tengok kat bawah status dia guna apps Facebook yang bernama f8 Live

** Korang tengok gambar di atas. Marc buat persidangan, cakap depan orang ramai pakai simple aje… Hood! Takda Blazer, Kot, dan sewaktu dengannya.

*** Psst… Marc, kau ada cakap pasal infinitydownline tak. Huhu

Tags: , , , , ,