May 6, 2010 – 6:31 PM | by paeh
Seperti semua orang sedia maklum Twitter merupakan sebuah laman yang semakin meningkat naik. Di Malaysia penggunaannya dikatakan sudah melebihi 1 juta. Apa yang aku alami sejak aku menggunakan twitter, aku akui aku lebih cepat mendapat maklumat tanpa membaca surat khabar. Hehee…
Itu pendahuluan untuk entri ini. Perkara yang aku nak bangkitkan hari ini ialah penggunaan hashtag dalam twitter.
Apakah hashtag yang di gunakan dalam twitter?
Hashtag adalah satu tema yang di gunakan untuk sesuatu topik @ kumpulan untuk metadata dalam tweets korang. Jadi dengan ringkasnya setiap hashtag yang digunakan mempunyai simbol ‘#‘. Contoh : #hashtag

Kelebihan menggunakan hashtag?
Korang lebih mudah untuk mendalami sesuatu topik @ kumpulan yang yang menggunakan hashtag. Hashtag juga akan diupdate dalam realtime.
Jadi setiap hashtag yang masuk mengikut sesuatu topik @ kumpulan akan terus masuk dalam timeline. Sebagai contoh, hashtag yang selalu mendapat tempat di dalam dunia twitter adalah #nowplaying
Seperkara lagi twitt korang akan nampak terbuka di seluruh dunia. *jika menggunakan hashtag yang popular*
Waaah… Skemanya aku terang kat atas. Haha… Oke, sekarang aku nak sarankan kepada korang menggunakan beberapa hashtag yang berkaitan dengan korang.
- Jika korang buat duit dengan twitter seperti menggunakan ChurpChurp, SponsoredTweet, Magpie, Ad.ly, dan pelbagai lagi, korang boleh gunakan hashtag : [#ad #spon #sponsor #iklan #admy] Aku rasa ini tidak melanggar syarat-syarat pihak pengiklan.
- Jika korang seorang blogger. Setiap entri baru yang korang post boleh gunakan hashtag : [#entri #blogmy #myblog]
- Jika korang blogger lagi, korang boleh gunakan nama blog korang sendiri. Ambil contoh blog nii laaa senang. [#paeh]. Contoh lain : [#justkhai #ohartis]
- Jika korang menggalakkan seseorang untuk re-weet. Ini juga bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh denaihati untuk merancakkan budaya re-tweet. Korang boleh gunakan hashtag : [#rt #rtmy] Jadi selepas ini korang tak perlulah nak menyeru seseorang re-tweet dengan menulis *please rt*. Kan dah rugi huruf di situ. Sedangkan twitter hanya ada ruang 140 AKSARA
- Jika korang gemar tweet lagu yang korang dengar. Korang boleh gunakan : [#nowplaying #songmy #mysong]
Hashtag yang diboldkan [#admy #entri #blogmy #paeh #rtmy #songmy] di atas masih lagi belum digunakan lagi dalam twitter. Jadi hashtag baru ini rasanya lebih sesuai di gunakan untuk pengguna twitter di Malaysia.
Tags: adly, buat duit dengan twitter, churpchurp, hashtag baru, magpie, sponsoredtweet, twitter hashtag