Kreatif Ketika Berniaga

Adakah korang melakukan perniagaan? Tak kisah la perniagaan apa pun. Dan kebanyakan daripada perniagaan hanya mengambil berat kreatif terhadap aspek pemasaran. Kerana pemasaran adalah punca di mana pelanggan atau pengguna akan tertarik terhadap perniagaan korang.

Pada dasarnya, kreatif dalam perniagaan tidak semestinya terletak pada aspek pemasaran. Ia juga meliputi banyak aspek yang perlu korang jadikan ia kreatif. Ini termasuk dalam membuat keputusan dalm perniagaan tersebut.

Contoh paling mudah hendak di beri ialah kreatif dalm perniagaan yang dilakukan oleh Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

  • Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!
  • Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut… nanti ni jadi email forward pula! :) )
  • Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

So, dalam perniagaan apa pun kita perlu bijak dan kreatif untuk memajukan perniagaan. Tiada modal, tak semestinya tak boleh buat perniagaan. Jadikan bakat-bakat yang ada pada kita untuk memulakan perniagaan.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • RSS
  • Print
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr

Tags: , , ,

iphone directory : iphone4all.co.cc
  1. 3 Responses to “Kreatif Ketika Berniaga”

  2. By kisahsensasi on Feb 9, 2010 | Reply

    Hmmm…. nak kena belajar jadi orang yang kreatif dan bijak ambil peluang…

    [Reply]

  3. By mr.eims @ perfume on Feb 10, 2010 | Reply

    inspirasi yg bagus…

    Pengiklanan. nak iklan kat TV mahal. ada banyak cara free. iklan online? huhu.. Nway. kat internet pun, kalau ada ke kreatifan, pasti buleh maju dengan lebih cepat :)

    [Reply]

  4. By lizz on Feb 15, 2010 | Reply

    bagus info ni! naikkan semangat aku nak berbisnes.heheh

    [Reply]

Post a Comment