Kreatif Ketika Berniaga

Adakah korang melakukan perniagaan? Tak kisah la perniagaan apa pun. Dan kebanyakan daripada perniagaan hanya mengambil berat kreatif terhadap aspek pemasaran. Kerana pemasaran adalah punca di mana pelanggan atau pengguna akan tertarik terhadap perniagaan korang.

Pada dasarnya, kreatif dalam perniagaan tidak semestinya terletak pada aspek pemasaran. Ia juga meliputi banyak aspek yang perlu korang jadikan ia kreatif. Ini termasuk dalam membuat keputusan dalm perniagaan tersebut.

Contoh paling mudah hendak di beri ialah kreatif dalm perniagaan yang dilakukan oleh Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

  • Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!
  • Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut… nanti ni jadi email forward pula! :) )
  • Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

So, dalam perniagaan apa pun kita perlu bijak dan kreatif untuk memajukan perniagaan. Tiada modal, tak semestinya tak boleh buat perniagaan. Jadikan bakat-bakat yang ada pada kita untuk memulakan perniagaan.

Tags: , , ,

Semua Orang Boleh Juara

Salam semua. Dah lama aku menyepi dalam dunia blog. Maksud aku, bukan menyepi apa pun. Cuma dah lama tak tulis post di blog-blog aku dan rangkaian aku. Mungkin aku ada sedikit sibuk sekarang. Sibuk dengan apa pun tak tau laa kan. Mungkin sibuk nak motivasikan diri sendiri. =)

Sebut pasal motivasi, aku nak cerita pasal motivasi hari ini. JUARA. Apa yang korang tau tentang JUARA? Definisi yang semua orang tau tentang JUARA ialah yang PERTAMA, yang paling ATAS dan seumpama dengannya. Jika dalam permainan catur bistari, siapa yang kumpul nilai aset tertinggi akan di gelar sebagai JUARA. Sama juga dengan main congkak, siapa dapat kumpul guli atau batu di mangkuk sebelah kiri pemain akan JUARA juga. Tetapi hari ini aku bukan nak bawa kisah JUARA daripada segi sukan atau permainan.

Korang tau tak korang kat dunia ini dah diiktiraf oleh JUARA oleh Tuhan kita sendiri. Siapa yang tak tau. Mari aku terangkan dengan mudah. Buktinya korang berjaya berjaya merebut telur ibu korang di dalam rahim dan akhirnya korang di besarkan di dalam perut ibu korang sehingga di lahirkan. Itu bukti kukuh! Jika kembar pun di kira JUARA juga kerana melayakkan diri untuk hidup di dunia ini.


Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , ,

Why I Like It Longer, Life Good Bersama BL40

Sesungguhnya aku bukan seperti penulis blog teknologi yang hebat seperti Amanz dan rangkaian blog teknologi beliau. Walau bagaimanapun hari ini aku tertarik untuk membuat satu review berkaitan dengan teknologi.

Aku nak menulis review tentang teknologi mobile phone yang semakin lama semakin pesat membangun. Jika korang lihat, dulu ramai orang berkata tentang handphone Nokia 3310, dan sekarang ramai orang berkata tentang handphone Iphone keluaran Apple Inc.

Tapi kali ini aku bukan nak sembang tentang Nokia atau Iphone. Kepada paparazi Nokia dan Iphone diminta bertenang ok. Kali ini aku nak sembang tentang handphone keluaran LG Mobile iaitu LG BL40. Sebelum aku review pasal BL40. Korang usha gambar di bawah.

Bagaimana…? Cun? Lawa? Bagi aku dua-dua cun dan lawa. Haha! Model yang cun mestilah perlu dipilih untuk menjadi model kepada handphone BL40 yang lawa, dan model yang lawa mestilah perlu dipilih untuk menjadi model kepada handphone BL40 yang cun. [Pandangan daripada aku sebagai lelaki, kalau perempuan akan kata kacak dan smart] Betul tak para pembaca sekalian.

Tags: , , , , , , , ,

Harian Metro Guna Google Adsense

Jika korang perasan di bahagian header Harian Metro Online, korang mungkin akan ternampak iklan Google Adsense di laman tersebut. Ini menunjukkan kumpulan NSTP tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan dengan Adsense ini.

Pada dasarnya kumpulan NSTP memang ada memasang iklan adsense untuk akhbar bahasa inggeris online dorang. Mungkin juga mereka menggunakan kaedah ini kerana tidak banyak yang mahu hendak meletakkan iklan di laman akhbar online dorang. Mungkin kerana kosnya yang begitu mahal atau lain-lain sebab yang kita semua tak tahu. So, sebab itulah dorang nak letak adsense nak buat duit lebih hanya daripada iklan.

Apa pendapat korang mengenai pendapatan dengan adsense ini. Adakah masih bagus kepada semua yang meletakkan iklan adsense di laman masing-masing. Bagi aku adsense mungkin boleh digunakan kepada blog-blog yang menggunakan  bahasa inggeris secara CORE dan juga mempunyai jumlah pengunjung yang begitu ramai.

Pendapat aku jika kumpulan NSTP meletakkan network iklan seperti Innity lebih baik kerana jumlah pengunjung yang sentiasa ramai. Setahu aku jika meletakkan adsense pendapatan hanya berdasarkan klik, bukan impression [betulkan aku jika salah].

Lebih baik jika kumpulan NSTP membuat cara seperti Advertlets. Meletakkan network seperti Innity di laman mereka [lihat amanz]. Masing-masing cari makan. haha

notakaki : Adsense aku masih sikit. =(

Tags: , , ,

Mengenai Dapatwang.com

Okeh, hari ini aku nak update tentang program yang dah ramai join. Mungkin juga dikatakan program ini hangat di seluruh Malaysia sekarang. Apakah program itu? Program Dapatwang

Ada beberapa kenalan aku, terutama rakan aku ketika di universiti dulu bertanya tentang program dapatwang ini. Betul ke program ini. Tak tipu orang ke. Itu antara persoalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan aku.

Okeh, aku akan terangkan tentang program ini serba sedikit :

  1. Program ini bukan program yang TIPU atau SCAM. Ini kerana program ini memberikan korang produk. Produk akan diberi mengikut pakej yang korang pilih.
  2. Program ini membantu korang menjana pendapatan di internet. Hanya dengan mempromosikan link korang. Korang akan diberi pendapatan hanya melalui KLIK SAHAJA. Mudah bukan.
  3. Program ini TIDAK pernah TIDAK membayar ahli-ahlinya. Semua ahlinya dibayar mengikut pakej yang korang pilih ketika membuat pengaktifan.

Jika korang masih tak percaya. Aku sediakan testimoni yang kukuh yang membuatkan korang yakin dengan program ini.

Aku rasa 4 testimoni di atas akan membuat korang lebih yakin dengan program ini. Sebab mereka di atas memang menjana wang melalui di internet dan salah satu program yang mereka telah dapat hasil ialah daripada dapatwang.com.

Aku rasa tak perlu nak terang lebih panjang mengenai dapatwang ini. Korang boleh selongkar daripada blog-blog di atas untuk mengetahui lebih lanjut. Kalau korang MALAS nak selongkar tak apa. Aku baik hati nak bagi link kat korang.

Aku rasa cukup sekadar itu untuk aku jelaskan apakah dapatwang ini. Semoga mata korang lebih terbuka untuk menjana pendapatan daripada internet. Salah satu cara dengan menyertai dapatwang ini.

Klik banner di atas untuk DAFTAR PERCUMA

Tags: , , , ,