Ada Apa Dengan Honda Freed

Honda Freed? Apa dia Honda Freed ni wehh. Haaaa~ Meh sini aku nak bagi tahu secara detail. Detail? Tak la detail sangat. kekekeke… Apakah dia Honda Freed niiii.

Pada 31 Julai 2010 Aku dan bersama 32 blogger lain telah menyertai Uji Pandu Honda Freed dari Desa Sri Hartamas – Taman Tasik Putrajaya – Desa Sri Hartamas. Majlis ini telah di anjurkan oleh Advertlets dan Honda. Pada majlis ini juga dorang telah menjemput Automotive blogger yang terkenal iaitu Paultan.org

Oke. Jadi mari kita usha ada apa dengan Honda Freed

Freed? Aku bajet Freed ni singkatan kepada Freedom la kot. Sebab daripada pemerhatian aku, Freed ni sangat luas di dalamnya. Aku rasa korang yang tengok pun akan kata besar. So, bila dah besar, korang bebas [freedom] buat apa saja di dalamnya. ^__^ Bak kata Diyanazman.com “Nanti senang anak aku nak main dalam Freed ni kalau aku beli”. Miahaha…

Dashboard dia sangat luas. Bahagian depan dia juga luas. Jadi pasni korang tak perlu teruk-teruk nak adjust seat lebih-lebih bila duduk depan. Bila aku drive kereta nii ianya sangat selesa. Kenapa aku kata selesa…?

  • Sangat luas
  • Display pada bahagian meter terang
  • Tempat penyelarasan yang mudah! Radio, Aircond, Lampu dan lain-lain hampir kesemuanya di tengah.

Jimat minyak tak? Kalau korang nak tanya bab jimat minyak pada kereta nii. Kalau korang pergi Penang – KL dengan satu isian penuh oke tak? Itu pun ada lebih lagi… Oke la kan. yang penting cara pemanduan korang kena dengan laju laaa. Kalau bawak laju-laju tak ingat dunia memang kena berhenti isi minyak lagi. =P. Lagi pun ini MPV untuk keluarga bukan kereta Sport. Betul tak…?

Kelajuan pada meter adalah 160KM/H. Jadi korang hanya perlu pandu kadar sedang-sedang saja. Nak laju korang boleh tekan laa minyak tu sampai 130KM/H. Lagi satu nak laju buat kat jalan highway. Bila mai tang kona korang kena slow beb. Jangan amik lap oke… Silap terbalik Freed tu. Heh~

Freed ni ada 5 pintu, macam kereta lain juga. Tapi pintu di bahagian tengah adalah sliding door dan ianya automatik. Jadi korang tak payah susah payah nak tarik pintu sampai habis.

Kan aku dah cakap daripada awal. Ciri-ciri automatik pada kereta nii membuatkan korang FREEDom.

Sedikit gambar untuk tatapan umum ketika hari kejadian…

Dari kiri : Paultan.org, Cutecarry.com, Ridzuanrichie.com, Hanep.org…

Oke! Itu saja…

Oh! lupa lagi… Harga Freed di atas jalan dengan insuran adalah RM112,980.00

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Freed punya page : http://www.honda.com.my/freed/overview/

** Gambar kredit kepada mynjaz.com

Tags: , , , , , , , , ,

This is Street Clash

Pada 20 Jun 2010, Converse Malaysia telah mengadakan satu acara yang julung-julung kalinya diadakan bagi memeriahkan arena seni, sukan dan muzik. Acara ini telah dinamakan sebagai  This is Street Clash.

Converse Malaysia mengadakan acara ini adalah untuk mengajak para remaja dan muda-mudi untuk menunjukkan kreativiti masing-masing diantara mereka. Acara ini telah menjemput pemain papan luncur untuk menunjukkan bakat mereka bermain papan luncur dengan tagline “You’re On, You’re Up, and You’re It”

Selain daripada itu This is Street Clash telah menjemput kumpulan-kumpulan muzik tempatan untuk beraksi di atas pentas di samping para pemain papan luncur menunjukkan bakat mereka. Antara kumpulan muzik yang membuat persembahan ialah Kugiran D’Tepi Pantai, Corporate Youth, Band B!tches dan juga Partimelovers


Di sana juga terdapat Playhouse di mana akan akan artis daripada GempakStarz membuat beberapa design Chucks. Selain itu terdapat juga pertunjukkan mural dan grafiti oleh Phobiaklik.

Ehsan Gambar : Converse [Singapore Malaysia]

*Gambar aku ambil dorang tak letak dalam Facebook. miahahaha…

Tags: , , , , , ,

Konklusi Julai 2010

Haish~ Tajuk entri pun dah tak betul. Patutnya Konklusi Jun 2010. Bukan Julai 2010 la paeh woiii… Serius aku tak sedar tulis tajuk entri kat atas. Ni lah sebabnya dah lama tak update blog. Tulis tajuk  entri pun tak betul dah… Sheet betul laa. Ececee… Nak buat baik lak aku tulis Sheet lak. Padahal nak tulis SHIT kan. Ok! aku tak nak betulkan tajuk tu. Miahaha~

Oke! Bulan Jun 2010. Apa berlaku paeh woii sampai update pun 2-3 je nii. Ape kes, ape hal nii…? Secara umumnya aku sibuk dengan beberapa perkara. Perkara yang perlu keluar rumah sentiasa. Kalau keluar rumah tu, 2-3 hari baru balik. Merempat rumah member. Kalau balik pun takde mood + penat nak update blog. Tau hoha~hoha~ kat twitter je. Cess. Boleh tak aku salahkan rakan-rakan twitter aku? Sebab dorang laa aku tak dapat update blog. Miahaha~

Ada beberapa perubahan pada blog pada Jun 2010 nii. Jika korang perasan laaa… Tak nak perasan pun takpe. Aku tak kisah. Dan perubahan yang aku letak ada sedikit peningkatan untuk blog aku.Oke, jom tengok perubahan sedikit sebanyak pada blog aku niii…

Innity Ads

Alhamdulillah blog aku diterima oleh pihak Innity. Sebenarnya, sebelum nii aku dah try mintak nak pasang ads dorang, tapi tak lepas. Untuk kali kedua lepas gak. Earning? Alhamdulillah la juga kira lepas gak kuota cash out. Takde la banyak mana pun. Lain laa macam Chokilala dia kata boleh beli 3 biji Nokia E72 untuk earning bulan nii. banyak beb.

Peraduan Rekrut Blogger

Ini lagi satu syarikat pengiklanan yang baru bertapak di Malaysia. Sempena penyertaan dorang dalam industri pengikalanan online dorang di Malaysia. Dorang buat la peraduan nii. nak tahu lebih lanjut klik banner bawah.

Haha. Dah nak tarikh tutup baru nak sembang pasal peraduan nii. Gamaknya blogger lain dah rekrut beratus org agaknya. Miahaha~

Tu je la yang aku nak bagi tahu pasal blog aku. Nak cerita pasal aku memang tak best laa. Tak menarik pun. Haha. Cuma baru-baru nii aku pergi event This is Street Clash – Sunway Pyramid dianjurkan oleh Converse Malaysia dan tak pasal-pasal member aku registerkan aku dalam senarai Media. Siot je. Aku pergi suka-suka je wess, bukan nak jadi orang media.

Hurm… Apa lagi ea. Haaa~ Aku merewang sana sini dalam online ni ada dengar gaduh sana-sini antara blogger. Haish2. Tak patut betullah. Rage la, parang la, libas la, gelimat la… Macam2 laa. Kita manusia memang tak pernah lari daripada kesilapan. Semua bawak bertenang, bincang elok2. Jangan nak jadi macam perempuan period melenting aje kojenya.  Perempuan period pun baguih lagi emosinya kot. Ye dak…

Kalau rajin baca la post aku bulan Jun 2010 nii… Miahaha~

Ada 3 je. Tak banyak. Sebab banyak lebih daripada 3 kan. Haha. Post pun pendek-pendek aje.

Aku suka dengar lagu niii Attack Attack! – Lonely

Akhir kalam. Semoga sejahtera semua. Babai~ Assalamualaikum~

Tags: , , , , , , , ,