Kod Etika Blogger

Semalam saya telah melawat laman sesawang 1 Malaysia. Dan saya telah membaca satu post yang sepatutnya ada kepada semua blogger. Tidak di nafikan blogger di Malaysia semakin ramai dan semakin galak untuk berblogging.

Jika kita lihat, ramai yang berblogging, tidak kisah menggunakan platform percuma atau berbayar. Malah ada juga yang membuat blog di laman sosial seperti Myspace, Facebook, Friendster dan pelbagai lagi.

Kenapakah mereka berblogging? Sudah semestinya untuk meyampaikan maklumat. Maklumat yang merangkumi skop yang luas seperti maklumat diri, semasa, dan apa jenis maklumat sekali pun.

Seperti mana yang saya baca di laman 1 Malaysia. Para blogger perlu ada kod etika untuk berblogging. Antaranya…

  • Menyampaikan maklumat yang betul
  • Jujur
  • Tidak Plagiat. [Meniru artikel orang lain secara bulat-bulat]
  • Jangan menyebarkan maklumat yang salah
  • Jika berlaku kesilapan di dalam artikel yang anda tulis, akui kesilapan anda dan perbetulkan kesilapan tersebut

Di atas adalah point yang ada di laman 1 Malaysia. Untuk Maklumat lanjut, anda boleh ke laman 1 Malaysia dan Cyberjournalist

Tags: , , , ,

Chrome Bird

Jika sebelum ini anda semua mengemas kini status twitter anda menggunakan addons di browser firefox yang di namakan echofon. Kini pengguna chrome boleh mengemas kini status twitter anda melalui extension atau pun addons yang di perkenalkan kepada semua.

Extension yang di namakan Chrome bird ini perlu di pasang pada browser chrome anda dan perlu di integrasikan dengan akaun twitter anda.

Ciri-ciri yang ada pada chrome bird ini sama seperti dengan ciri-ciri yang ada pada addons echofon. Seperti membalas tweet, re-tweet, direct message di antara pengguna twitter. Chrome bird mempunyai satu kelebihan berbanding echofon iaitu status rakan-rakan twitter anda akan di kemas kini secara realtime [bergantung kepada kelajuan internet].

Anda boleh mencuba extension chrome bird di sini

Tags: , , , , , ,

Rahsia Gempak Newbie

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya hendak menulis tentang aktiviti terbaru saudara zamrin dan gempak newbie team. Mereka telah melepaskan 16 produk terbaik sepanjang tahun 2009 ini. Yang pastinya mereka melepaskan produk tersebut secara PERCUMA. Tidak akan di kenakan bayaran walau satu sen pun. PERCUMA 100 peratus.

Pada dasarnya kepada mereka yang hendak berkecimpung dalam perniagaan internet sudah semestinya memerlukan panduan yang terbaik bagi mereka sebelum menjalankan perniagaan internet. Ada maklumat yang mereka kehendaki memerlukan sedikit bayaran untuk maklumat yang berguna tersebut. Dan ada juga maklumat yang di beri percuma oleh internet marketer di Malaysia.

Jika anda bertanya yang manakah lebih baik. Yang berbayar atau percuma. Sudah pasti ramai akan berkata yang berbayar lebih baik kerana maklumat yang kita hendak sempurna dan cukup. Dan ada sesetengah produk yang di jual akan di beri layanan yang eklusif dari segi coaching, update tentang info yang kita beli itu. Manakala maklumat yang percuma pada dasarnya memberi maklumat secara kasar dan tidak mendalam.

Jadi di hujung tahun ini saudara zamrin dan gempak newbie team telah melepaskan sumber yang PERCUMA yang begitu baik sekali untuk kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet di masa akan datang.

Antara maklumat yang ada di dalam pakej ini ialah 16 produk yang berkualiti dari segi niche, dan bidang yang berkaitan. Mereka juga memberi maklumat tentang penjagaan kesihatan, kenderaan dan lain-lain lagi.

Jadi kepada mereka yang masih tercari-cari maklumat yang berguna untuk hidup mereka. Anda boleh download maklumat ini secara PERCUMA. Jangan lepaskan peluang ini. Ianya PERCUMA

Tags: , , , ,

Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2010

Salam semua,

Agak lama saya tak update blog ini. Agak sedikit sibuk untuk update blog ini berbanding blog saya yang lagi satu. Seperti semua sedia maklum, tahun 2009 akan menutup pintunya dalam tempoh kurang sebulan lagi. Mungkin ada di antara anda semua tidak sempat bercuti pada tahun ini.

Saya tahu anda semua sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang belajar, bekerja, berniaga dan macam-macam lagi. Mungkin itu sebab anda semua tidak sempat bercuti ke mana-mana. Jadi hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua untuk melihat jadual cuti umum, cuti sekolah yang di sediakan oleh kerajaan Malaysia.

Download Cuti Umum Malaysia 2010

Jadi dengan jadual yang disediakan mungkin anda semua dapat menguruskan cuti anda dengan betul. Dapat bersiar-siar dengan keluarga yang anda sayangi.

Tags: ,

Mudah.my Memperkenalkan PRO Niaga

Mudah.my ialah portal pengiklanan percuma di Malaysia. Ia merangkumi aktiviti jual beli sebarang jenis produk dan servis dan juga iklan tentang jawatan kosong. Secara dasarnya ia melibatkan aktiviti jual beli di Malaysia. Setelah beberapa tahun bertapak sebagai portal pengiklanan terkenal.
Read the rest of this entry »

Tags: , ,