Google Wave

Secara ringkasnya Google Wave adalah satu “alat komunikasi peribadi dan pakatan” yang telah di umumkan pada bulan Mei 2009 yang lalu. Dan telah dilancarkan pada hujung September 2009 baru-baru ini. Pada dasarnya, perkhidmatan ini masih lagi dihadkan kepada para pengguna di seluruh dunia.

Pada 2 minggu yang lalu saya telah mendapat jemputan daripada salah seorang blogger @icednyior melalui twitter. Mula-mula saya masuk googlewave. Agak buntu hendak menggunakannya. Tapi lepas saya godek-godek apa yang boleh di buat, memang menarik. Mula-mula saya ada akaun ini, masih takde ramai kawan melainkan orang yang jemput saya untuk perkhidmatan ini. Kemudian saya add rakan-rakan yang ada akaun ini, kebanyakan daripada mereka saya add di Twitter.

Memandangkan perkhidmatan ini masih lagi terhad kepada pengguna. Pihak Google hanya memberi hak kepada mereka yang mempunyai akaun ini untuk menjemput rakan mereka. Mereka yang mempunyai akaun ini hanya boleh menjemput hanya 8 orang rakan sahaja. Kepada mereka yang berminat boleh request untuk menyertai Googlewave bersama saya. Tetapi saya hanya akan terima 5 orang saja kerana lagi 3 orang telah pun saya jemput untk menyertai saya.

Anda hanya perlu menghantar mesej seperti berikut…

  • Paeh, saya nak wave bersama kamu…

Permohonan boleh dilakukan melalui borang yang ada di sini dan emel [ faizedz(at)gmail.com ] saya. Pastikan apa yang saya tulis sama dengan mesej yang saya terima. Tak susah, Copy dan Paste saja. Untuk menggunakan perkhidmatan ini juga anda perlu mempunyai akaun Gmail. Siapa yang berminat, cepat lakukannya sekarang. Sekarang zaman Google. Yuhuu…

notakaki : Untuk melihat bagaimana Wave berfungsi anda boleh lihat video ini [ wave 1 ][ wave 2 ]

notakaki 2 : Ingat, saya hanya akan lepaskan kepada 5 orang SAHAJA

Tags: , , ,

Perodua Memperkenalkan MPV Alza

Perodua telah memperkenalkan tawaran yang terbaru, Alza, kepada pasaran. MPV kecil, yang memakai cogan kata “kereta satu masa, MPV yang akan datang,” telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di KLCC

Alza mengeluarkan 4 versi transmisi kepada bakal pengguna iaitu Standard Manual (SX) dan Auto (EZ) and Premium Manual (SXi) dan Auto (EZi).

Untuk versi Standard Manual (SX) dan Auto (EZ) mereka memperkenalkan dengan harga RM55,490 (solid), RM55,990 (metallic) dan RM56,190 (special metallic), manakala EZ dengan harga RM58,490 (solid), RM58,990 (metallic) danRM59,190 (special metallic).

Untuk versi  Premium Manual (SXi), harga bermula RM60,490 (solid), RM60,990 (metallic) dan RM61,190  (special metallic), manakala untuk versi Premium Auto (EZi) pada harga RM63,490 (solid), RM63,990 (metallic) dan RM64,190 (special metallic). Semua harga berkenaan adalah harga di atas jalan (price on the road) termasuk insurans.

Pada tahun depan Perodua akan memperkenalkan versi sporty dengan ciri tambahan dengan body kit penuh untuk luaran manakala bahagian dalaman mereka meletakkan ciri-ciri seperti tempat duduk kulit, sistem navigasi GPS, dan penapis cahaya istimewa untuk cermin.

Perodua berharap akan mendapat jualan 3500 – 4000 unit setiap bulan dan mereka memasarkan kepada golongan muda yang berkeluarga dan mereka yang meminati kereta yang besar dan luas dengan ciri – ciri yang istimewa.

Tags: , , , , ,

Untung Ketika Membeli Dan Bukan Ketika Menjual

Dalam buku ”retire young retire rich” yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki, beliau ada menyatakan orang kaya mendapat keuntungan adalah ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Bagi kebiasaan orang, mereka mendapat keuntungan melalui pelaburan adalah ketika menjual.

Apa yang saya dapati, melalui pelaburan emas kita mampu mendapat keuntungan ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Sebagai contoh, kali pertama anda membeli emas Public Gold 100gram berharga RM 107 per gram.

Kemudian anda menjual emas berkenaan pada harga segram adalah RM 111. Disini anda telah untung sebanyak RM 4 bagi satu gram. Dan RM 400 bagi 100 gram.

Sebenarnya itu bukan keuntungan anda yang mutlak. Kerana keuntungan anda bermula ketika anda membeli emas Public Gold buat kali kedua.

Ok, kemudian kita membeli emas buat kali kedua dengan harga se gram adalah RM 109. Maka keuntungan sebenar kita dari pelaburan yang pertama adalah RM 2 per gram (RM109 – RM 107 = RM2).

Keuntungan kita daripada pelaburan emas 100 gram adalah RM 200 (RM2 per gram X 100gram). Dan bukannya RM400.

Saya harapkan anda dapat memahami apa yang ingin saya disampaikan disini. Pelaburan tidak sukar Cuma kita perlu bijak merancang strategi sahaja.

Sebab itulah golongan yang kaya tidak memerlukan lulusan dari Universiti Harvard ataupun Universiti Sains Malaysia (sbg contoh sahaja)

notakaki : artikel ini daripada team rahsiaemas.com

Tags: , , , , ,

Keberkesanan Sistem Pendidikan di Malaysia

Apa yang saya nak tulis di sini pada hari ini pada jam ini ialah tentang sistem pendidikan di Malaysia. Adakah bagus atau tidak. Hari ini saya nak menyatakan pendapat saya dan pendapat beberapa orang lain dan mungkin juga pendapat anda yang sama pendapat dengan saya. oke…

Sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia ini kepada anak-anak Malaysia generasi zaman sekarang. Adakah sistem pendidikan di Malaysia  sekarang akan memberi impak yang besar kepada perubahan negara pada masa akan datang. Mari kita lihat pendapat saya dan pendapat orang lain yang sama pendapat dengan saya.

Sistem pendidikan di Malaysia pada zaman sekarang susah hendak menampakkan kemajuan kepada anak-anak zaman sekarang dan juga negara.

  • Kenapa? Kerana kepada mereka yang bijak dan mula minat terhadap satu bidang akan menjadi otak mereka tepu.
  • Kenapa? Kerana sistem pendidikan tidak membenarkan anak-anak yang bijak ini melangkau ke tahap yang optimum walaupun mereka masih berumur yang begitu muda.

Di atas adalah antara sebab anak-anak yang bijak ini tidak boleh maju terhadap apa yang mereka minati dan tidak boleh maju ke tahap optimum. Apa yang saya lihat, mereka perlu mengikuti alam persekolahan seperti dilakukan sekarang.

Jika zaman dahulu anak-anak yang genius ini boleh melangkau ke tahap optimum dan tidak perlu mengikut silibus pelajaran di sekolah. Tetapi mereka hanya perlu melangkau ke tahap tertentu dan mengambil ujian khas sahaja. Jika mereka lepas mereka boleh pergi ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi pada zaman sekarang sistem berikut tidak di gunakan. Hanya segelintir sangat-sangat mereka yang bijak pandai dapat kelebihan [melangkau silibus] tersebut. Itupun tidak ramai.

Berbanding di negara luar, yang mana mereka yang genius akan di hantar terus ke institusi mengikut bidang apa yang mereka genius walaupun mereka masih kanak-kanak. Jadi tidak hairanlah ramai tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang tertentu masih muda belia lagi untuk kemajuan mereka dan negara mereka.

Tetapiiii… apa yang jadi dengan sistem pendidikan sekarang…?

notakaki : Tulisan di atas di tulis berdasarkan pemerhatian penulis dan beberapa orang lain. Jika ada maklumat yang salah sila betulkan… TQ

Tags: , , , , , , ,

Cara Mengatasi Daripada di Ragut

Ragut!!! Itulah masalah yang makin berleluasa di negara kita yang dicintai ini. Tapi sedarkah punca anda di ragut berpunca daripada kelalaian dan salah anda sendiri. Anda menjadi perhatian peragut yang kini semakin licik dengan taktik2 mereka untuk mengambil peluang terhadap anda. Jadi apakah cara anda bagi mengelakkan anda daripada diragut. Saya ada beberapa cadangan supaya diri anda sentiasa berwaspada daripada jenayah ragut.

PERTAMA : Ketika anda berjalan berseorangan hendak menuju ke kenderaan anda di kawasan meletak kenderaan. Pastikan anda menggengam kunci anda yang mana keadaan anak kunci berada dicelah2 genggaman jari anda keluar. Ini memudahkan anda membuat tindakbalas apabila anda diserang. Jadikan kunci sebagai senjata anda untuk mempertahankan diri anda dan menyerang kembali peragut. Jangan simpan kunci anda dalam beg atau poket anda. Pastikan ia sentiasa dalam genggaman anda.

KEDUA : Ketika anda berjalan kaki di jalan raya. Amalkan sikap berjalan melawan arus kenderaan. Kebaikannya adalah supaya anda sentiasa berwaspada terhadap kenderaan yang datang dari hadapan anda. Jika anda berjalan mengikut arus kenderaan, anda tidak dapat menjangka apa yang terjadi kepada anda.

Itu cara paling mudah bagaimana hendak menghadapi dan berwaspada terhadap peragut. Walau apa pun, anda mesti berwaspada dengan keadaan sekeliling dan jaga perbuatan anda di tempat awam. Kerana peragut2 sentiasa memerhati pergerakan mangsa-mangsanya tanpa anda sedari.

notakaki : tip – tip di atas sesuai digunakan oleh semua orang. Tidak kira yang ada seni mempertahankan diri atau tidak.

Tags: , , , ,