Bila Budak Kecik Bermain Dengan Api

Semalam selepas melihat kekalahan Malaysia pada 2 set game pertama, aku jadi tak semangat nak ambil tahu pasal game semalam. Pastu kawan-kawan serumah ajak keluar menonton wayang!!!

Wayang yang aku tengok semalam cerita lelaki besi 2. Aku ingat best sangat laa cerita tuu. Biasa-biasa aje… Walau bagaimanapun aku puas hati juga. Dapat tengok teknologi-teknologi canggih dalam tuu. Technology Geek laa katakan… Mesti suka benda-benda high-tech nii.

Bercakap tentang suit yang digunakan oleh lelaki besi tuu. Memang sangat canggih. High Tech daripada segi pakaian, kekebalan, teknologi dalaman, senjata yang hebat-hebat. Wow! Kalau semua orang ada suit macam tu. Memang tak aman dunia niii. Lagi-lagi dapat kat orang JAHAT. Hahaha. Itu sebab lelaki besi tu tak bagi tentera AS buat suit tu.

Ok. Sambung cerita aktiviti aku malam semalam. Selepas tengok lelaki besi. Aku dengan rakan-rakan aku pergi ke Uptown Kota Damansara. Nak makan-makan…

Sedang menunggu untuk makan. Ada persembahan dekat stage berdekatan tempat kami duduk makan. Biasa karaoke lah, apa lagi… Selepas karaoke ada sesi persembahan main sembur-sembur api oleh seorang budak kecil dengan seorang  dewasa [Aku rasa trainer budak tu kot].

Dalam fikiran aku. Bila budak tu besar nanti mesti jadi macam lelaki besi. Rilek je sembur-sembur api *Maksud aku kebal la jugak*. Kalau budak tu Geek lagi dahsyat rasanya. Mesti boleh cipta benda-benda canggih. Haha…

*Selepas makan, bajet nak balik tanpa guna tol. Last-last terkena jugak tol banyak. hahaha… Aku la buat yakin tunjuk jalan kat KL tu. hahaha

Tags: , , , , , ,

Acer Aspire One Percuma Untuk Korang

Nota : Ini adalah contest daripada Denaihati.

Denaihati telah menganjurkan satu contest untuk para blogger sekalian. Pada tahun 2010 ini, Denaihati menganjurkan contest ini dengan tema Hidup Untuk Memberi. Contest ini terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni (forum, kumuniti dan website tidak layak).

Apakah hadiahnya…?

Hadiah berupa 2 buah Acer Aspire One.

  • Acer Aspire One yang pertama akan diberikan kepada blogger yang menjadi top referer tertinggi kepada blog Denaihati. Top referer akan di analisa melalui Google Analytics.
  • Acer Aspire yang kedua akan di berikan kepada pemberi komen terbanyak sepanjang 2010 di blog Denaihati

Syarat-syarat contest seperti berikut :

Hadiah ditaja oleh :

Sebarang pertanyaan boleh di ajukan di twitter@denaihati atau facebook denaihati atau bahagian contact denaihati

” Saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog http://denaihati.com

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://amanz.my. (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Tags: , , , , , ,

Jom Tinggalkan Link Korang Di Paeh.Net

Aku pasti korang mesti suka buat link exchange di antara blog-blog dalam Malaysia ini. Malah tidak mustahil untuk bertukar link dengan blog luar negara juga.

Jadi aku ada cara mudah untuk korang meninggalkan link di paeh[dot]net ini.

  1. Korang pergi ke http://www.paeh.net/jaringan/
  2. Ikut arahan yang di berikan
  3. Dan selesai…

Korang boleh menambah seberapa banyak blog yang korang ada. Tidak kisah. Yang penting ikut arahan yang di berikan. Hanya SATU blog untuk satu kotak komen.

* Jika link korang dah ada di atas page tersebut. Korang boleh juga menambah link korang di bahagian komen tersebut. TETAPI…. Link korang yang berada di atas akan di remove. Link di bahagian komen akan di kekalkan.

Tags: , , ,