Semua Orang Boleh Juara

Salam semua. Dah lama aku menyepi dalam dunia blog. Maksud aku, bukan menyepi apa pun. Cuma dah lama tak tulis post di blog-blog aku dan rangkaian aku. Mungkin aku ada sedikit sibuk sekarang. Sibuk dengan apa pun tak tau laa kan. Mungkin sibuk nak motivasikan diri sendiri. =)

Sebut pasal motivasi, aku nak cerita pasal motivasi hari ini. JUARA. Apa yang korang tau tentang JUARA? Definisi yang semua orang tau tentang JUARA ialah yang PERTAMA, yang paling ATAS dan seumpama dengannya. Jika dalam permainan catur bistari, siapa yang kumpul nilai aset tertinggi akan di gelar sebagai JUARA. Sama juga dengan main congkak, siapa dapat kumpul guli atau batu di mangkuk sebelah kiri pemain akan JUARA juga. Tetapi hari ini aku bukan nak bawa kisah JUARA daripada segi sukan atau permainan.

Korang tau tak korang kat dunia ini dah diiktiraf oleh JUARA oleh Tuhan kita sendiri. Siapa yang tak tau. Mari aku terangkan dengan mudah. Buktinya korang berjaya berjaya merebut telur ibu korang di dalam rahim dan akhirnya korang di besarkan di dalam perut ibu korang sehingga di lahirkan. Itu bukti kukuh! Jika kembar pun di kira JUARA juga kerana melayakkan diri untuk hidup di dunia ini.

Tetapi, jika kita sudah ada di dunia ini, dan diri semakin meningkat dewasa kenapa ada yang tak boleh jadi JUARA. Aku bukan nak cakap jadi JUARA dalam acara sukan atau pertandingan di sini. Tapi aku nak cakap kenapa ada yang tak boleh nak JUARA dalam kehidupan kita.

Kenapa ini terjadi? Mengikut pemerhatian, bila kita semakin dewasa kita akan lebih banyak bergaul tidak kira siapa pun. Dalam dunia ini ada dua jenis manusia, manusia yang NEGATIF dan manusia yang POSITIF. Manusia POSITIF ialah orang yang mindanya POSITIF, dan manusia NEGATIF ialah orangnya NEGATIF

Bagaimana ini boleh berlaku? Bila kita bergaul dengan orang yang minda POSITIF, minda kita juga akan jadi POSITIF juga, dan begitu juga sebaliknya. Di antara 2 perkara tersebut, mana korang nak jadi. Woooh! Dah tentu korang semua nak jadi orang yang POSITIF.

Tapiii, bagi aku sayang sekali. Kebanyakan daripada kita cakap je nak jadi orang yang mindanya POSITIF. Tapi bila dah dengar je perkara NEGATIF sekali, secara automatik minda akan jadi NEGATIF. Aku bagi satu contoh, korang nak buat bisnes, ada 100 orang bagi pandangan 98 orang bagi pandangan POSITIF dan hanya 2 orang sahaja bagi pandangan NEGATIF. Dengan pandangan NEGATIF itu cukuplah minda korang akan jadi NEGATIF. Kerana minda NEGATIF selalunya mudah untuk di pengaruhi.

Apa kena mengena POSITIF/NEGATIF dengan tajuk JUARA tadi? Cuba korang lihat, kebanyakan JUARA yang korang pernah lihat, tak kisah laa JUARA apa pun. Ada tak minda dorang berfikir NEGATIF. Apa pun yang dorang buat pasti akan cakap AKU BOLEH! AKU BOLEH! Dorang tak pedulikan apa yang orang lain cakap tentang perkara NEGATIF yang dikatakan kepada dorang.

Itulah sikap JUARA jika korang mahu jadi JUARA. Satu lagi sikap JUARA, dorang akan sentiasa bergaul dengan orang-orang yang mindanya POSITIF dan sentiasa berbincang bagaimana hendak menjadi JUARA dalam kehidupan.

Jika korang boleh bersaing dengan jutaan yang lain untuk menjadi JUARA kita dalam rahim ibu korang. Kenapa sekarang tidak…

Notakaki : Jika nak ikutkan sembang pasal JUARA ini sampai ke sudah tak habis. Sebab kehidupan sentiasa berubah-ubah

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • RSS
  • Print
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr

Tags: , , , , , ,

iphone directory : iphone4all.co.cc
  1. 2 Responses to “Semua Orang Boleh Juara”

  2. By mr.eims @ perfume on Feb 8, 2010 | Reply

    motivasi yg sangat baik..heheh.. =D

    [Reply]

  3. By hazman aka species1980 on Feb 9, 2010 | Reply

    think positive….juara rakyat…. ;-)

    [Reply]

Post a Comment