Harian Metro Guna Google Adsense
Jika korang perasan di bahagian header Harian Metro Online, korang mungkin akan ternampak iklan Google Adsense di laman tersebut. Ini menunjukkan kumpulan NSTP tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan dengan Adsense ini.
Pada dasarnya kumpulan NSTP memang ada memasang iklan adsense untuk akhbar bahasa inggeris online dorang. Mungkin juga mereka menggunakan kaedah ini kerana tidak banyak yang mahu hendak meletakkan iklan di laman akhbar online dorang. Mungkin kerana kosnya yang begitu mahal atau lain-lain sebab yang kita semua tak tahu. So, sebab itulah dorang nak letak adsense nak buat duit lebih hanya daripada iklan.

Apa pendapat korang mengenai pendapatan dengan adsense ini. Adakah masih bagus kepada semua yang meletakkan iklan adsense di laman masing-masing. Bagi aku adsense mungkin boleh digunakan kepada blog-blog yang menggunakan bahasa inggeris secara CORE dan juga mempunyai jumlah pengunjung yang begitu ramai.
Pendapat aku jika kumpulan NSTP meletakkan network iklan seperti Innity lebih baik kerana jumlah pengunjung yang sentiasa ramai. Setahu aku jika meletakkan adsense pendapatan hanya berdasarkan klik, bukan impression [betulkan aku jika salah].
Lebih baik jika kumpulan NSTP membuat cara seperti Advertlets. Meletakkan network seperti Innity di laman mereka [lihat amanz]. Masing-masing cari makan. haha
notakaki : Adsense aku masih sikit. =(
Tags: Google Adsense, Harian Metro, Innity, NSTP
