Konklusi Julai 2010

Haish~ Tajuk entri pun dah tak betul. Patutnya Konklusi Jun 2010. Bukan Julai 2010 la paeh woiii… Serius aku tak sedar tulis tajuk entri kat atas. Ni lah sebabnya dah lama tak update blog. Tulis tajuk  entri pun tak betul dah… Sheet betul laa. Ececee… Nak buat baik lak aku tulis Sheet lak. Padahal nak tulis SHIT kan. Ok! aku tak nak betulkan tajuk tu. Miahaha~

Oke! Bulan Jun 2010. Apa berlaku paeh woii sampai update pun 2-3 je nii. Ape kes, ape hal nii…? Secara umumnya aku sibuk dengan beberapa perkara. Perkara yang perlu keluar rumah sentiasa. Kalau keluar rumah tu, 2-3 hari baru balik. Merempat rumah member. Kalau balik pun takde mood + penat nak update blog. Tau hoha~hoha~ kat twitter je. Cess. Boleh tak aku salahkan rakan-rakan twitter aku? Sebab dorang laa aku tak dapat update blog. Miahaha~

Ada beberapa perubahan pada blog pada Jun 2010 nii. Jika korang perasan laaa… Tak nak perasan pun takpe. Aku tak kisah. Dan perubahan yang aku letak ada sedikit peningkatan untuk blog aku.Oke, jom tengok perubahan sedikit sebanyak pada blog aku niii…

Innity Ads

Alhamdulillah blog aku diterima oleh pihak Innity. Sebenarnya, sebelum nii aku dah try mintak nak pasang ads dorang, tapi tak lepas. Untuk kali kedua lepas gak. Earning? Alhamdulillah la juga kira lepas gak kuota cash out. Takde la banyak mana pun. Lain laa macam Chokilala dia kata boleh beli 3 biji Nokia E72 untuk earning bulan nii. banyak beb.

Peraduan Rekrut Blogger

Ini lagi satu syarikat pengiklanan yang baru bertapak di Malaysia. Sempena penyertaan dorang dalam industri pengikalanan online dorang di Malaysia. Dorang buat la peraduan nii. nak tahu lebih lanjut klik banner bawah.

Haha. Dah nak tarikh tutup baru nak sembang pasal peraduan nii. Gamaknya blogger lain dah rekrut beratus org agaknya. Miahaha~

Tu je la yang aku nak bagi tahu pasal blog aku. Nak cerita pasal aku memang tak best laa. Tak menarik pun. Haha. Cuma baru-baru nii aku pergi event This is Street Clash – Sunway Pyramid dianjurkan oleh Converse Malaysia dan tak pasal-pasal member aku registerkan aku dalam senarai Media. Siot je. Aku pergi suka-suka je wess, bukan nak jadi orang media.

Hurm… Apa lagi ea. Haaa~ Aku merewang sana sini dalam online ni ada dengar gaduh sana-sini antara blogger. Haish2. Tak patut betullah. Rage la, parang la, libas la, gelimat la… Macam2 laa. Kita manusia memang tak pernah lari daripada kesilapan. Semua bawak bertenang, bincang elok2. Jangan nak jadi macam perempuan period melenting aje kojenya.  Perempuan period pun baguih lagi emosinya kot. Ye dak…

Kalau rajin baca la post aku bulan Jun 2010 nii… Miahaha~

Ada 3 je. Tak banyak. Sebab banyak lebih daripada 3 kan. Haha. Post pun pendek-pendek aje.

Aku suka dengar lagu niii Attack Attack! – Lonely

Akhir kalam. Semoga sejahtera semua. Babai~ Assalamualaikum~

Tags: , , , , , , , ,

Harian Metro Guna Google Adsense

Jika korang perasan di bahagian header Harian Metro Online, korang mungkin akan ternampak iklan Google Adsense di laman tersebut. Ini menunjukkan kumpulan NSTP tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan dengan Adsense ini.

Pada dasarnya kumpulan NSTP memang ada memasang iklan adsense untuk akhbar bahasa inggeris online dorang. Mungkin juga mereka menggunakan kaedah ini kerana tidak banyak yang mahu hendak meletakkan iklan di laman akhbar online dorang. Mungkin kerana kosnya yang begitu mahal atau lain-lain sebab yang kita semua tak tahu. So, sebab itulah dorang nak letak adsense nak buat duit lebih hanya daripada iklan.

Apa pendapat korang mengenai pendapatan dengan adsense ini. Adakah masih bagus kepada semua yang meletakkan iklan adsense di laman masing-masing. Bagi aku adsense mungkin boleh digunakan kepada blog-blog yang menggunakan  bahasa inggeris secara CORE dan juga mempunyai jumlah pengunjung yang begitu ramai.

Pendapat aku jika kumpulan NSTP meletakkan network iklan seperti Innity lebih baik kerana jumlah pengunjung yang sentiasa ramai. Setahu aku jika meletakkan adsense pendapatan hanya berdasarkan klik, bukan impression [betulkan aku jika salah].

Lebih baik jika kumpulan NSTP membuat cara seperti Advertlets. Meletakkan network seperti Innity di laman mereka [lihat amanz]. Masing-masing cari makan. haha

notakaki : Adsense aku masih sikit. =(

Tags: , , ,