Semua Orang Boleh Juara
Salam semua. Dah lama aku menyepi dalam dunia blog. Maksud aku, bukan menyepi apa pun. Cuma dah lama tak tulis post di blog-blog aku dan rangkaian aku. Mungkin aku ada sedikit sibuk sekarang. Sibuk dengan apa pun tak tau laa kan. Mungkin sibuk nak motivasikan diri sendiri. =)
Sebut pasal motivasi, aku nak cerita pasal motivasi hari ini. JUARA. Apa yang korang tau tentang JUARA? Definisi yang semua orang tau tentang JUARA ialah yang PERTAMA, yang paling ATAS dan seumpama dengannya. Jika dalam permainan catur bistari, siapa yang kumpul nilai aset tertinggi akan di gelar sebagai JUARA. Sama juga dengan main congkak, siapa dapat kumpul guli atau batu di mangkuk sebelah kiri pemain akan JUARA juga. Tetapi hari ini aku bukan nak bawa kisah JUARA daripada segi sukan atau permainan.
Korang tau tak korang kat dunia ini dah diiktiraf oleh JUARA oleh Tuhan kita sendiri. Siapa yang tak tau. Mari aku terangkan dengan mudah. Buktinya korang berjaya berjaya merebut telur ibu korang di dalam rahim dan akhirnya korang di besarkan di dalam perut ibu korang sehingga di lahirkan. Itu bukti kukuh! Jika kembar pun di kira JUARA juga kerana melayakkan diri untuk hidup di dunia ini.
Tags: catur bistari, Juara, Mindset, Motivasi, Negatif, Positif, Rahim Ibu









