Why I Like It Longer, Life Good Bersama BL40
Sesungguhnya aku bukan seperti penulis blog teknologi yang hebat seperti Amanz dan rangkaian blog teknologi beliau. Walau bagaimanapun hari ini aku tertarik untuk membuat satu review berkaitan dengan teknologi.
Aku nak menulis review tentang teknologi mobile phone yang semakin lama semakin pesat membangun. Jika korang lihat, dulu ramai orang berkata tentang handphone Nokia 3310, dan sekarang ramai orang berkata tentang handphone Iphone keluaran Apple Inc.
Tapi kali ini aku bukan nak sembang tentang Nokia atau Iphone. Kepada paparazi Nokia dan Iphone diminta bertenang ok. Kali ini aku nak sembang tentang handphone keluaran LG Mobile iaitu LG BL40. Sebelum aku review pasal BL40. Korang usha gambar di bawah.

Bagaimana…? Cun? Lawa? Bagi aku dua-dua cun dan lawa. Haha! Model yang cun mestilah perlu dipilih untuk menjadi model kepada handphone BL40 yang lawa, dan model yang lawa mestilah perlu dipilih untuk menjadi model kepada handphone BL40 yang cun. [Pandangan daripada aku sebagai lelaki, kalau perempuan akan kata kacak dan smart] Betul tak para pembaca sekalian.
- Pandangan pertama aku terhadap BL40 ialah LAWA, CUN dan seumpama dengannya… Bagaikan SUPERMODEL!

Ok, sekarang aku nak review satu persatu. Mungkin ada beberapa ciri-ciri dan spesifikasi yang menambat hati korang terhadap handphone BL40
Ciri-ciri yang diperkenalkan pada BL40 mungkin telah ada di beberapa handphone yang seumpama dengannya. Tetapi BL40 di datangkan dengan ciri-ciri yang lebih menarik untuk para penggunanya.
- Skrin sebesar 4 inci dengan skrin kaca tahan lasak
- Dengan skrin sebesar ini, korang akan dapat menikmati visual HD [High Definition] yang sangat menarik.
- Ia juga di saluti dengan kaca yang tahan lasak. Ini bermakna skrin BL40 tahan calar dan tidak mudah rosak akibat hentakan atau lain-lain.
- Antaramuka skrin berkembar
- Korang boleh melihat dua kandungan di dalam BL40 dalam satu paparan skrin. Kandungan tersebut akan di bahagikan kepada dua.
- Hiburan yang mengagumkan
- Skrin BL40 mempunyai ratio 16:9 untuk persembahan videonya. Tetapi ia juga boleh di selaraskan kepada ratio 2.35:1 untuk paparan yang lebih jelas.
- Paparan web yang lengkap
- BL40 sesuai kepada korang sebagai pengguna internet yang tegar. Dengan paparan 345×800 piksel (WVGA Sebenar). Jadi, jika korang pengguna internet yang tegar dengan tagline “internet di mana saja” patut kagum dengan kelebihan BL40 dan patut juga mendapatkannya.
- Salin dan Tampal dengan sekali sentuh
- BL40 telah mengoptimumkan fungsinya bersesuaian dengan internet. Korang boleh menyalin dan menampal apa yang korang mahu di dalam mesej atau schedulers yang ada pada BL40.
- Shorcut dengan Gerak Isyarat
- Ciri-ciri ini paling menarik bagi aku, korang boleh memasuki mana-mana menu dengan tetapan gerak isyarat yang mudah. Gerak isyarat ini korang boleh tetapkan mengikut kehendak korang. =)

Spesifikasi yang menarik perhatian pada handphone ini pula ialah…
- Akses internet sehingga 7.2Mbps
- Fungsi WiFi
- Kamera 5 Megapixel
- A-GPS
- Terbina dengan sistem GPS. Jadi korang tak perlu nak ada alat GPS yang lain
- TV Output
- Jack 3.5mm untuk kabel audio.
- Dan banyak lagi di sini [klik]
Review mengenai rekabentuk yang amat menarik, aku hanya memetik kata-kata Dylan Jones. “it’s glossy, chic, and incredibly thin, like a supermodel almost!”. Dalam bahasa melayunya “ia berkilau, anggun, dan terlalu nipis , seperti satu model terkemuka!“
Untuk harga di Malaysia pula di anggarkan RM2,199. Dengan ciri-ciri dan rekabentuk yang hebat. Ia sudah cukup berbaloi kepada peminat-peminat BL40.
Mengikut pemerhatian aku, ini adalah Black Label Series yang ke-4 keluaran LG Mobile. Sebelum ini LG Mobile telah melancarkan 3 Black Label Series seperti Chocolate, Shine, dan Secret. Aku juga amat kagum dengan rekabentuk dan ciri-ciri handphone yang dikeluarkan oleh LG Mobile, dan sebenarnya aku dah lama tengok produk-produk LG Mobile yang hebat-hebat ini. Cuma masih tidak mampu dan ada kesempatan untuk memiliki salah satu daripadanya.
Kesimpulannya LG Mobile telah mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi untuk para peminat handphone. Why I Like It Longer dengan BL40? Kerana ia adalah kesinambungan TERBAIK daripada 3 Black Label Series sebelum ini dan juga handphone yang begitu menarik sekali dari segi reka bentuk dan ciri-cirinya yang HEBAT
Notakaki : Pertama kali aku masuk contest daripada Nuffnang.
Notakaki 2 : Jika tak dapat hadiah ini, aku masukkan dalam wishlist aku tahun ini. haha!
Tags: BL40 Review, Black Label Series, LG, LG BL40 Black Label 4 Official Trailer, LG Mobile, Life Good, nuffnang, Touchscreen Phone, Why I Like It Longer


21 Responses to “Why I Like It Longer, Life Good Bersama BL40”
By apiih on Jan 24, 2010 | Reply
macam best jerk Hp nih..tapi bajet xder ler..wakakaka
[Reply]
paeh Reply:
January 24th, 2010 at 9:24 PM
@apiih, bukan macam. memang best laa.. huhuhu~
[Reply]
apiih Reply:
January 25th, 2010 at 1:43 AM
@paeh, hahaha..mmg best..tp nk ade bajet tu yg xbest..huhu
[Reply]
By Mr.Bintang on Jan 24, 2010 | Reply
Semoga berjaya!! hehee.. semakin ramai yang sertai.. hihi..
[Reply]
paeh Reply:
January 24th, 2010 at 10:58 PM
@Mr.Bintang, terima kasih abg bintang. mudah-mudahan.. amin~~
[Reply]
By chokilala on Jan 24, 2010 | Reply
nice. ni entry kedua LG cokolat celup yang aku baca habis tanpa skip. yang lagi satu tu, biarlah rahsia. kiki. kenapa aku baca tanpa skip? sebab aku rasa kandungan entry ko diulas dengan cara ko sendiri. means nampak la yang ko ada buat research dulu. hehe. good luck weyh
[Reply]
Kujie Reply:
January 24th, 2010 at 11:02 PM
@chokilala, post panjang kak jie tak bace ke…waaaaaa
[Reply]
paeh Reply:
January 24th, 2010 at 11:03 PM
@chokilala, tanx kakak choki. sebut cokolat celup teringat nini cokolat celup. tapi kali ini nuffnang cokolat celup. mudah-mudahan entri ini menarik bg pihak NN. =)
[Reply]
By Kujie on Jan 24, 2010 | Reply
ok..entri yang bagus..lengkap dan padat isinya..moga kita dapat bersaing..hehehe
[Reply]
paeh Reply:
January 24th, 2010 at 11:10 PM
@Kujie, mudah-mudahan. first time ni kak. terketar-ketar nak bersaing dgn yang oldskool cam akak
[Reply]
By zubairmedia on Jan 25, 2010 | Reply
all the best bro!richie pun nak masuk tapi ntah bila nak start ntah..ha3
[Reply]
paeh Reply:
January 25th, 2010 at 5:51 PM
@zubairmedia, richie masuk. OMG. Abg SEO tu masuk kompem kalah aku… hoho. tp xpe. aku mencuba… ehee
[Reply]
By ery on Jan 25, 2010 | Reply
ada harapan nak menang nuffnang ni..heheh
[Reply]
paeh Reply:
January 26th, 2010 at 12:34 AM
@ery, tak tau laa…. ramai gila yang masuk kot…
[Reply]
Ery Reply:
January 26th, 2010 at 12:40 AM
@paeh, tak pe… Kalau ada rezeki xkemana…
[Reply]
paeh Reply:
January 26th, 2010 at 12:42 AM
@Ery, tu laaa. mudah-mudahan~ tapi kalo ikut kreatif aku susah kot. NN nk yg kreatif. aku lebih kpd advertorial komersial aje.. huhu… harap-harap dapat laa.. heee
By mr.eims @ perfume on Jan 27, 2010 | Reply
Ni phone LG untuk lawan dengan nokia N97.
Lg memang design sangat menarik.
aku pun dalam masa berapa bulan akn membeli lagi henpon baru insyaAllah. kene beli spesanga pulak tu..ishk2 XD.. nk bli enset mcm ni mimpi jer ler..huhu//
[Reply]
By Richie on Jan 27, 2010 | Reply
hang tunggu naaa… aku pun nak rebut henpon nih.. miahaha
[Reply]
paeh Reply:
January 27th, 2010 at 8:47 PM
@Richie, nnt kita dua ping post ni nak. aku ping ko, ko ping aku. boleh2.. wakaka
[Reply]
By nono on Feb 16, 2010 | Reply
i joined this contest too.
good luck!
[Reply]
By bfly on May 2, 2010 | Reply
aku dah pon memiliki ceklat hebat ney..
well…tiada kata mampu diucapkan..ia mmg cool..
try la..
[Reply]