Hidup Seorang Blogger | Bla Bla Bla…

Bla bla bla…

Hari ini aku rasa sangat mengantuk. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab lepak lama sangat semalam. Tapi… Semalam takdela lepak lewat sangat. Apa pun semalam punya cerita memang best. Dan aku harap cerita hari ini lagi best daripada semalam dan cerita besok lagi best daripada hari ini…

Bla bla bla…

Aku ada ramai kawan. Kawan sekolah, kawan se-taman, kawan se-universiti, kawan se-blogging, dan macam-macam jenis kawan. Bagi aku semua kawan aku best.

Bila dorang baik dengan aku, aku akan gembirakan hati dorang. Aku ni tak pandai melawak pun nak bagi dorang seronok, cuma aku ni caring~ Muehehe.

Tapi bila aku dapat tahu ada kawan yang suka buat onar dengan aku. Aku tak tau nak buat camne. Nak ignore tak sampai hati. Just maki-maki dalam hati aje. Hurm~

Bla bla bla…

Hidup ini ada pasang surutnya. Hari ini aku gembira kerana sesuatu. Tapi aku kena ingat lawan kepada gembira ialah sedih. Mungkin akan datang aku sedih kerana sesuatu.

Dalam dunia nii apa yang aku lihat, kehilangan sesuatu yang kita paling sayang adalah paling mencabar.

Bla bla bla…

Dalam dunia nii terlalu banyak masalah yang aku lihat termasuk masalah aku sendiri. Kadang-kadang bila aku hadapi masalah tiada jalan penyelesaian. Dan kadang-kadang juga bila ada masalah terlampau banyak pilihan untuk selesaikan masalah tersebut.

Dalam menyelesaikan masalah kita kena pandai membuat penyelesaiannya. Bila terlampau banyak pilihan untuk selesaikan masalah tersebut. Pilihlah penyelesaian terbaik. Jangan terburu-buru sehingga masalah sekarang tak dapat nak selesai sehinggakan makin bertambah masalah.

Bla bla bla… [ ni panjang sikit ]

Aku dan internet. Aku mengenali internet sejak aku kecil lagi tapi aku tak ingat umur berapa. Tu pun aku kenal internet kat Cyber cafe. Tak lama kemudian ayah aku beli PC baru dan pasang internet.

Time tu internet stok Dial-Up aje. Browser yang ada kat PC tu Netscape Communicator kalau tak silap. Haha. Aku tak reti sangat guna internet, jadi cina yang setup PC kat rumah aku tu ajar aku camne nak main.

Zaman dulu-dulu kan ada pokemon, so aku suruh cina tu buka pokemon punya website. Dia pun buka laa… Sekali dia dah blah memang aku layan pokemon aje. Hahahaha~ Siap dengan print sekali gambar pokemon dowh.

Sejak aku masuk sekolah menengah ayah aku potong internet kat rumah. Lagi pun yang reti guna internet kat rumah memang aku sorang je pun. Haha…

Dipendekkan cerita bila aku dah masuk UiTM baru boleh layan internet balik. Tu pun stok layan guna broadband. Macam mana aku terjebak dengan blogging…? Hanep yang ajar aku. Mula-mula dulu aku guna blogspot aje. [ Tak payah nak tau blogspot aku apa... aku dah delete! Haha ]

Sekarang nii aku guna laa paeh.net untuk aku blogging. Sesiapa yang tau hidup seorang blogger yang bernama paeh nii. Korang mesti tau aku camne. Terutama sesiapa yang dah jumpa dengan aku. Wakaka~

Semalam time gathering ada tanya aku kenapa pakai .net kenapa tak pakai .com… Aku dengan selamba cakap aku tak suka .com… LOL!

Tags:

Macam Mana Aku Diet Time Bulan Puasa

Pejam celik pejam celik, kita semua dah masuk tengah bulan Ramadhan. Aku tengok awek-awek yang berazam nak diet seperti Siti Nur Haliza time bulan puasa ni mesti dah slim sikit kot. Haha… Dan bila masuknya Syawal akan datang pasti awek-awek yang diet tu telah mencapai azam mereka iaitu telah menemui berat badan yang mereka impikan.

Sembang pasal diet, aku nak kongsikan macam mana aku berdiet bulan puasa nii. Walaupun aku tak gemok, aku nak berdiet gak. Kena jaga kesihatan laa katakan… Muehehehe~

  • Bila bersahur, minum air masak banyak. Makan…? Biasa-biasa sudah. Kat rumah sewa aku nii. Kami selalu beli nasi goreng sebungkus dua atau apa-apa kongsi 3-4 orang. Makan berjemaah kan baguuuus~
  • Bila berbuka makan dengan ala kadar je. Selalu aku buat minum air, makan kurma @  kuih 2-3 ketul. Then solat. Nak makan banyak pukul 10 camtu… Tu pun tak banyak mana. Haha
  • Yang aktiviti makan pukul 10 tu aku selalu makan kat luar aje. Asal pukul 10 ada la umat yang telefon aku ajak makan. Time ni memang aku makan banyak. Penah aku makan mee goreng mamak + burger double special + kongsi nasi goreng member lagii… Betul punya aku makan~

Tu je la aku selalu buat. Serius badan korang rasa ringan je bila maghrib, isyak dgn teraweh. Btw aktiviti harian time puasa juga kena maintain cergas. Tang ni aku lemah sikit. Mula-mula dulu aje aku oke. Pastu bantai tidur sampai petang. Bila bangun lewat petang tu mula la bebal tak sempat beli juadah berbuka macam aku cakap kat atas. =____=’

Itu jelah aku nak cerita style aku bulan puasa nii. Siapa yang ada niat tak nak puasa nak makan-makan siang tu. Makan puas-puas. Tak yah makan sikit. Takde feel makan sikit-sikit. Miahahaha~

Esok gathering buka puasa kat Dataran Shah Alam. Nak pergi ke tak…? hurmmm~

Tags:

Hidup Seorang Blogger | Apa Yang Bestnya…?

Hai kawan-kawan. Kenapa kawan-kawan…? Padahal bukan semua yang baca blog niii kawan-kawan aku kan. Bagi aku siapa yang pernah baca, bagi feedback, syorkan link aku kat orang lain [ ada ke? ]… semua aku anggap sebagai kawan aku. Siapa nak jadi girlfriend aku pun boleh gak [ sila isi form kat kotak Halo!]. Muehehehe~

Hidup Seorang Blogger. Aku syak mesti ramai blogger dah tulis macam-macam entri kat blog dorang dengan keyword tu… Takpe aku try dengan gaya penulisan aku. =P

Hidup Seorang Blogger – Apa Yang Bestnya…? Itulah persoalan yang aku buat kat sini. Setiap persoalan mesti ada jawapannya. Aku akan jawab dengan cara dan pengalaman aku sepanjang menjadi seorang blogger… Mari kita tengok apa yang bestnya hidup jadi seorang blogger.

  • Jadi blogger ni best sebab ada orang baca penulisan kita. Bila ada orang baca penulisan kita bermakna blog kita ada pembaca laaa.
  • Bila blog kita ada pembaca, mesti ada feedback daripada pembaca. Di situ menunjukkan pembaca barangkali suka @ tak suka @ mahu tahu lebih lanjut dengan penulisan kita.
  • Dapat ramai kawan. Tak caya. Trylah jadi penulis blog. Hidup korang barangkali jadi best. Sebab blogger ni bagi aku tak sombong. Mengikut pengalaman aku kebanyakan blogger yang pernah aku jumpa, call, YM semua comey-comey dan kacak-kacak belaka. Bukan tu aje. Baik hati wooo~
  • Jadi blogger ni best sebab apa yang kita tak tahu, kita boleh tahu. Ilmu mana yang kita sangkut, blogger lain boleh tolong tak bagi sangkut.
  • Korang boleh buat duit sampingan. Ok! Part ni aku tak nak sembang lebih sebab ramai yang powerrrr~ bab nii
  • Korang boleh tulis entri kat blog korang bila-bila masa. So kat sini takde tekanan nak kena submit on time. Haha…
  • Korang boleh tulis entri ikut suka korang. Korang mesti biasa dengar ayat niii daripada blogger lain “Blog aku, suka hati aku laa nak tulis camne pun…” Haaaa… Orang camni memang betul menghayati tema Hidup Seorang Blogger. =P

Rasa macam sikit lak point-point kat atas eak. Banyak lagi sebenarnya… Tapi aku tak reti nak adaptasikan dalam penulisan aku kali niii, takut ada orang kata aku POYO lak… Apa pun cukuplah aku tulis banyak tu aje. Chow dulu~~

Entri berwajib yang pertama untuk Contest SEO Hidup Seorang Blogger dah selesai Tuan Denaihati. Muehehehe~

Tags: